Selasa, 31 Mac 2009

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1988- PHD di Universiti Malaysia
1987- Universiti Cairo di Amerika
1980- PHD dalam bidang Linguistik di Universiti Berkeley, California
1975- MA di Universiti Malaya
1972- BA di Universiti Malaya

PENGALAMAN KERJA

- Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM ( 1994-1995 )
- Pengarah / Dekan Akademik Pengajian Melayu UM ( Mac 98 - Disember 2000)
- Timbalan Pengarah Akademik Pengajian Melayu UM ( 1995-1998 )
- Ahli Jawatankauasa Senat UM 1994-2003
- Profesor Akademik Pengajian Melayu UM ( 1995-2006 )
- Pengetua Kolej Kediaman keEmpat UM ( 1979-1984 )
- Guru Bahasa Di Pusat Bahasa , UM ( 1972 – 1975 )
- Guru Sekolah Menengah Za’ba, Kuala Pilah ( 1966-1969 )
- Ketua Delegasi Universiti Malaya melawat Menteri Pendidikan, Naib-Canselor, Rektor dan Pengarah Institusi Pendidikan Tinggi di Uzbekistan untuk hubungan dan kerjasama akademik dengan Universiti Malaya, Mei 5 – 12, 1995.
- Ahli Wacana Ilmiah Menteri Besar Selangor/INMIND, 2001- sekarang
-Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003-2005 )

SUMBANGAN PENYELIDIKAN

Jabatan Linguistik , Universiti California, Berkeley U.S.A. (auditing for Ph. D. courses), 1980,
Jabatan Linguistik Fakulti Bhasa Arab (Qism Usul Lughah, Kulliyah Lughah Arabiah), Universiti al-Azhar Cairo, Egypt, 1987,
Jabatan Linguistik, Sekolah Pengajian Afrika Timur Universiti London (1992 )
Royal Institut of Linguistik da Anthropologi (KITLV), Leiden, Netherlands 1993.

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UM1994, 1998, 1999, 2003, 2004
- Anugerah Juara Citra Pendeta 2000, Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, K. Lumpur.
- Anugerah Bahasa Linguistik, Masyarakat Malaysia-Public Bank Malaysia,
- Pemenang Pingat Emas Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM 2008.

BIDANG KEPAKARAN

- Linguistik umum
- Nahu tatabahasa : sintaksis dan Morfologi
- Falsafah bahasa dan Semantik : teori bahasa
- Bahasa dan Linguistik Melayu : Tatabahasa, Sejarah, Sistem Epigrafi, Tulisan Jawi, Manuskrip
Melayu
- Akhlak Melayu menurut pandangan Islam

KARYA

BUKU YANG DITERBITKAN

BUKU AKADEMIK, MONOGRAF DAN BUKU TEKS UNIVERSITI

1. Hashim bin Musa, 1977, Teori Innateness dan Konsep Asyhadu: Huraian tentang Bahasa, Akal dan Ilmu Kertas Data/Monograf No. 17, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2. Hashim bin Musa, 1983, Ke Arah Penghayatan Islam Yang Sejati , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.
3. Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, Abdul Hamid Mahmood, 1986 (1993, cetakan kelapan) Tatabahasa Dewan Jil. 1: Ayat Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, 1989 (1993, cetakan ketujuh) Tatabahasa Dewan, Jil. 2: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5 Hashim bin Musa, 1990, Tatabahasa Bahasa Melayu: Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa , Agensi Penerbitan Nusantara, Kuala Lumpur
6. Hashim bin Musa, 1993, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
7. Hashim bin Musa, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, dan Abdul Hamid Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
8. Hashim bin Musa, 1994, Pengantar Falsafah Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
9. Hashim bin Musa, 1994, Falsafah Bahasa Melayu: Beberapa Aspek Kajian, DJ Gemilang, U.I.A., Petaling Jaya.
10. Hashim bin Musa, 1994, Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Melayu: Alirannya Berdasarkan Teks‑Teks Terpilih, Kertas Data/Monograf Siri Baru 2, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
11. Hashim bin Musa, 1996, Sejarah Awal Perumian Bahasa Melayu: Analisis Sistem Tulisan Rumi Senarai Kosa Kata Pigafetta dan C. de Houtman , Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
12. Hashim bin Musa, 1997, Epigraphy Melayu: Sejarah Sistem‑Sistem Tulisan bagi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
13. Hashim bin Musa dan Ong Chin Guan, 1998, Pengantar Ilmu Makna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Hashim bin Hj Musa, 1999, Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Hashim bin Musa, 1999, Faslafah dan Logika Melayu: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
16. Hashim bin Hj Musa, 2001, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru , Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
17. Hashim Hj Musa, 2001, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu
18. Hashim Hj Musa, 2002, Agenda Melayu: Ke Arah Pembinaan Tamadun Melayu Bertaraf Dunia Alaf Ketiga, Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).
19. Hashim Hj Musa, 2003. (Cetakan kedua/second printing). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
20. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003 (Cetakan kelapan/ 8th printing). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rabu, 25 Mac 2009

SESI TEMURAMAH BERSAMA PROF. HASYIM B. MUSA


Pada jam 9.00 pagi bersamaan 23.3.2009 bertempat di PPL, FBMK penulis berkesempatan untuk menemuramah Prof. Hasyim b. Musa. Topik perbualan kami adalah berkisar mengenai penglibatan prof dan rakan yang lain seperti Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Abdul Hamid Mahmud dalam penghasilan buku Tatabahasa Dewan. Sehingga ke hari ini, antara buku Tatabahasa Dewan yang telah berjaya dihasilkan seperti Tatabahasa Dewan Jilid 1,11,Edisi Baharu dan Jilid 111. Penglibatan prof. dan rakan-rakan dalam menghasilkan buku Tatabahasa Dewan ini adalah atas inisiatif Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP ) apabila pada tahun 80-an, tidak ada panduan khusus yang patut digunakan oleh tenaga pengajar. Para pendidik keliru samada untuk menggunapakai istilah Za’ba atau ilmu Linguistik Moden. Justeru, bermula dari hal tersebut, DBP telah melantik empat orang tokoh bahasa mewakili universiti masing-masing untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Penulis juga sempat bertanyakan samada akan terdapat kesinambungan selepas Tatabahasa Dewan Jilid 111. Menurut prof. setiap buku Tatabahasa Dewan yang dihasilkan akan sentiasa berubah dalam tempoh antara 5 hingga 10 tahun. Hal ini kerana, bahasa sering berubah mengikut arus. Oleh itu, Tatabahasa Dewan perlu melakukan perubahan untuk memastikan ia selari dengan perkembangan bahasa.