Pada jam 9.00 pagi bersamaan 23.3.2009 bertempat di PPL, FBMK penulis berkesempatan untuk menemuramah Prof. Hasyim b. Musa. Topik perbualan kami adalah berkisar mengenai penglibatan prof dan rakan yang lain seperti Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Abdul Hamid Mahmud dalam penghasilan buku Tatabahasa Dewan. Sehingga ke hari ini, antara buku Tatabahasa Dewan yang telah berjaya dihasilkan seperti Tatabahasa Dewan Jilid 1,11,Edisi Baharu dan Jilid 111. Penglibatan prof. dan rakan-rakan dalam menghasilkan buku Tatabahasa Dewan ini adalah atas inisiatif Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP ) apabila pada tahun 80-an, tidak ada panduan khusus yang patut digunakan oleh tenaga pengajar. Para pendidik keliru samada untuk menggunapakai istilah Za’ba atau ilmu Linguistik Moden. Justeru, bermula dari hal tersebut, DBP telah melantik empat orang tokoh bahasa mewakili universiti masing-masing untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Penulis juga sempat bertanyakan samada akan terdapat kesinambungan selepas Tatabahasa Dewan Jilid 111. Menurut prof. setiap buku Tatabahasa Dewan yang dihasilkan akan sentiasa berubah dalam tempoh antara 5 hingga 10 tahun. Hal ini kerana, bahasa sering berubah mengikut arus. Oleh itu, Tatabahasa Dewan perlu melakukan perubahan untuk memastikan ia selari dengan perkembangan bahasa.
Alhamdulillah - Dr Aliaa & Ikhwan
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan