Rabu, 1 April 2009

KETIKA KALIMAT

Tanggal 2006 aku dikhabarkan dengan berita yang paling menggembirakan apabila aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UPM dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu. Walaupun sedih untuk berpisah dengan famili namun demi cita-cita dan impian aku terpaksa berkorban. Nampaknya cita-cita dan impian aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading serta impian untuk bergelar seorang mahasiswa sudah tercapai. Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar aku kini sudah berada di semester enam dan ini bermakna tidak lama lagi aku akan menamatkan pangajian. Banyak kenangan pahit sepanjang menuntut di sini. Pada minggu awal pengajianku peristiwa yang tak dapat dilupakan ialah tersilap dan tersalah memasuki kelas. Perkara sebegini normal berlaku di kalangan student baru sepanjang minggu awal pengajian bermula. Sehingga ke hari ini aku masih lagi teringat tentang pengalaman pertama aku membuat pembentangan di hadapan khalayak. Paper yang aku ambik pada masa itu ialah pengucapan awam.

Memandangkan sekarang aku sudah berada di semester akhir pengajian, so aku diwajibkan mengambil subjek Multimedia untuk bergraduat. Dr. Normaliza selaku pensyarah kami untuk subjek ini. Banyak kenangn pahit dan manis yang terpaksa kami tempuhi sepanjang mengikuti kursus ini. Untuk pertama-tama kalinya sepanjang belajar di sini aku terpaksa berhadapan dengan seorang pensyarah yang tegas. Namun begitu disebalik ketegasan itu, Dr. Normaliza merupakan seorang pensyarah yang baik dan kelakar orangnya. Oleh itu kelas kami tidak pernah kering gusi dengan telatahnya. Banyak ilmu baru yang aku dapat hasil daripada tunjuk ajar dan bimbingan daripada Dr. Normaliza, Cik Nurul dan Cik Alia sepanjang mengikuti kursus ini. Walaupun kami semua dilatih untuk bekerja di bawah tekanan , namun aku enjoy sepanjang mengikuti kursus ini. Sebelum ini aku tidak berpeluang untuk explore penggunaan computer lebih jauh, namun setelah mengikuti kursus ini barulah aku sedar bahawa pengetahuan ku terhadap dunia IT terlalu cetek. Sesunggguhnya banyak manfaat yang dapat diperoleh jika pandai mengaplikasikan kemahiran komputer. Sebelum mengikuti kursus ini aku tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis blog. Sebelum ini aku hanya mendengar cerita mengenai blog tambahan lagi dengan kes kontroversi yang melibatkan penulis blog iaitu Raja Petra. Namun kini segala-galanya di depan mata.

Selain itu, denagn mengikuti kursus ini aku diperkenalkan dengan Adobe Photoshop yang mana aku dan rakan sekelas ditugaskan untuk menghasilkan kalendar meja di mana kami dikehendaki untuk crop gambar yang di sukai untuk di muatkan dalam kalendar. Di samping untuk melihat ke kreatifan dan kebijaksanaan kami mengaplikasikan penggunaan Adobe ia juga sebagai seri penambah untuk mencantikkan lagi kalendar. Ternyata ianya sangat terbukti apabila kelandar yang kami hasilkan sangat menarik. Secara tidak langsung aku juga turut berpuas hati kerana ia merupakan kalendar meja buatan dan mendapat sentuhan sendiri. Sehingga kini aku masih ingat pahit maung sepanjang menyiapkan kalendar ini kerana aku pernah berjaga sampai ke pagi semata-mata untuk menyiapkan kalendar ini. Selain itu, makan minum juga tidak aku pedulikan selagi kelendar yang aku hasilkan tidak menampakkan hasil yang memuaskan. Lantaran itu aku terbawa-bawa situasi begitu sampai sekarang.

Setelah minggu belajar membuat Adobe Photoshop selesai aku dan rakan sekelas seterusnya di ajar dan ditugaskan untuk membina laman web sendiri. First impression, aku bayangkan tugas ini mesti sukar. Namun setelah belajar dan explore sendiri aku dapati ia tidaklah sesusah yang aku bayangkan. Sudah lama aku berangan-angan untuk membuat laman web sendiri dan sekarang setelah mengikuti kelas ini sedikit sebanyak aku tahu cara untuk hyperlink sesuatu laman denan laman yang lain . Kemudian setelah minggu membina laman web selesai kami seterusnya ditugaskan untuk membuat blogger. Untuk blog kami ditugaskan untuk menemuramah seorang tokoh bahasa. Oleh itu, saya telah memilih dan membuat keputusan untuk menemuramah Prof. Hasyim Musa. Sesi temuramah yang berlangsung pada 23.3.2009 bertempat di bangunana Ideal Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dalam pertemuan tersebut, sambil ditemani oleh kawan saya sempat bertanyakan beberapa soalan berkisar tentang penghasilan buku Tatabahasa Dewan. Melalui sesi temuramah tersebut banyak perkara baru yang ku ketahui. Kenapa saya memilih untuk menemuramah Prof. Hasyim dan bertanyakan perihal Tatabahasa Dewan? Hal ini kerana Prof. Hasyim merupakan salah seorang panel yang dilantik oleh Dewan bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan Tatabahasa Dewan di samping teman-temannya yang lain iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, dan Hamid Mahmood. Hasil kerjasama dan sikap sporting yang ditunjukkan oleh Prof Hasyim membuatkan sesi temuramah yang berlansung hampir sejam tersebut berjalan dengan lancar malah aku rasakan sesi tersebut berlalu dengan sekejap.

Berbalik kepada kelas multimedia, pertama kali memasuki kelas ini aku berasa sangat kelakar apabila Dr. Normaliza memberitahu setiap pelajar digalakkan untuk menggunakan kamera setiap kali mengambil nota kuliah kerana bagi sesiapa yang ingin mencatat nota confirm tak siap kerana cara Dr. Normaliza mengajar sangat cepat. Selain itu, katanya sesuai dengan kelas ini, belajar multimedia katakan. So kenalah praktiskan. Betul juga, apa guna belajar kalau kemudahan multimedia tidak digunakan. So untuk memastikan dan tidak mahu ketinggalan ramai pelajar yang membawa kamera setiap kali hari Rabu untuk memastikan nota dapat diambil. Dalam kelas ini juga, kami dibiasakan dengan menjawab soalan secara on the spot. Setiap kali sesi menjawab soalan, tuhan saja yang tahu betapa gemuruhnya aku.

Minggu pertama mengikuti kursus ini kami diajar untuk menghasilkan iklan Kami dilatih untuk bekerja secara berkumpulan dan setiap kumpulan dianggotai seramai enam orang. Setiap kerja yang kami hasilkan diberi masa selama sejam setengah dan perlu disiapkan dalam waktu tersebut. Oleh itu kami perlu bekerjasama dan membahagikan tugas masing-masing untuk memastikan kerja kami siap dan sempurna. Kelas ini tidak hanya tertumpu sepenuhnya dalam kelas kerana kami perlu mengadaptasikan elemen persekitaran ke dalam bilik kuliah. Hal ini sekaligus mengelakkan rasa boring yang membelenggu diri setiap pelajar dan menjadikan kursus ini lebih menarik. Dalam kursus ini juga kami ditugaskan untuk membentangkan setiap tugasan yang kami hasilkan. Dalam banyak-banyak pembentangan, persembahan video sempena ke rumah anak yatim tidak dapat aku lupakan. Untuk pembentangan ini kitorang telah berpakat untuk membuat movie maker. Namun begitu pada hari kejadian, perkara yang membuatkan aku tidak dapat lupakan apabila video yang kami siapkan tidak menjadi. Oleh itu kami telah mengambil inisiatif dengan membuat yang baru iaitu dengan menggunakan Power Point. Alhamdulillah walaupun kerja kami last minute namun Dr. Normaliza berpuas hati dengan persembahan keseluruhan group.

Banyak pengalaman menarik yang dapat dikutip sepanjang mengikuti kursus ini. Antaranya, setiap group perlu menyiapkan satu tugasan berbentuk karangan yang mana kami dikehendaki menyiapkan sebuah karangan sebanyak lapan page berdasarkan tajuk karangan masing-masing. Dalam karangan tersebut kami perlu memasukkan elemen multimedia. Walaupun agak susah namun kami berjaya juga siapkan. Sesungguhnya kelas multimedia ini mencipta banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Peristiwa lainnya apabila kami ditugaskan untuk menghasilkan majalah. Untuk tugas ini kami perlu memikirkan tajuk yang sesuai. Group aku telah mencapai kata sepakat untuk menghasilkan majalah yang bertajuk permainan tradisional. Tajuk ini kami pilih kerana berasa bersesuaian dengan keadaan masyarakat sekarang yang semakin hari semakin melupakan permainan tradisional yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan masyarakat tempatan. Untuk menghasilkan majalah ini kami dikehendaki melukis jenis-jenis permainan tradisional. Apa yang melucukan apabila kumpulan aku yang terdiri daripada enam orang ini tiada bakat langsung dalam bab melukis. Walaupun lukisan kita orang agak buruk dan sakit mata memandang namun alhamdulillah kerana hasil kerja kami tidak direject oleh Dr. Normaliza.

Hampir setiap minggu kami ditugaskan untuk menghasilkan kerja yang berkenaan dengan multimedia. So minggu berikutnya kami ditugaskan untuk menghasilkan billboard. Untuk tugas ini kami dikehendaki untuk memilih satu produk keluaran kami masing-masing. Kami boleh mereka apa sahaja produk selagi tidak mengena dengan yang hidup atau yang mati. Oleh itu kami telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk keluaran kami sendiri iaitu syampu yang diberi nama PERMA. Untuk tugas ini kami juga perlu melukis produk kami masingmasing.

Dengan mengikuti kursus ini juga aku berpeluang untuk pergi ke rumah anak yatim. Rumah anak yatim yang menjadi pilihan kami ialah Rumah Anak Yatim Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Rombongan kami adalah seramai 12 orang dengan gabungan group NICHS. Banyak peristiwa pahit manis yang kami tempuh untuk menjayakan program ke rumah anak yatim ini. Salah satunya apabila terpaksa berhadapan dengan masalah kereta sewa di saat-saat akhir. Masih segar dalam ingatan aku apabila celik saja mata pada pukul 5.30 pagi aku dikejutkan dengan berita yang sangat menakutkan apabila kereta yang sepatutnya kami sewa tidak dapat membantu kerana terlibat dengan kemalangan. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa itu. Dengan berat hati aku terpaksa mengejutkan kawan merangkap jiran sebelah bilikku. Dengan senang hati dia sudi membantu dan bersama-sama kami ke rumah anak yatim. Kalau ikutkan memang aku tidak mahu menyusahkan dirinya, namun keadaan telah memaksa membuatkan aku tiada pilihan lain selain meminta bantuannya. Kami bertolak ke rumah anak yatim pada jam 7 pagi. Walaupun kereta yang aku naiki bertolak lebih awal sekali namun kami yang sampai paling lewat kerana kereta yang aku naiki tersesat jalan. Walaubagaimanapun kami sempat sampai ke sana seperti yang dijanjikan iaitu tepat-tepat jam 8 pagi. Walaupun program kami tidak seperti yang dijangkakan namun kekecewaan kami sedikit terubat dengan sikap yang ditunjukkan oleh anak-anak yatim rumah tersebut. Mereka cukup sporting dalam menjayakan program kami. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anak yatim Rumah Titian Kasih.

BIODATA

Nama: Eliana bt. Ab. Aziz
Tarikh lahir: 25 Disember 1985
Tempat Lahir : Gua Musang, Kelantan
Hobi : Mendengar radio dan membaca novel
Alamat tempat tinggal : No 6, Kg. Rahmat, RKT KESEDAR Lebir,
18300 Gua Musang, Kelantan.
Alamat surat menyurat : No 121, Jln Cempaka, Taman Wangi,
18300 Gua Musang, Kelantan.
Emel : eliana_capricorn@yahoo.com
No telefon rumah : 099157134
Pendidikan : Menuntut di UPM

PROFIL TOKOH


Nama: Dr. Hasyim b. Musa
Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Lahir: 10 September 1945
No telefon pejabat : 03-8946-8937
Alamat rumah : 14, Jalan 17/21F,
46400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Institusi : Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia
Jawatan : 2007- Profesor dalam bidang Linguistik Melayu, Jabatan Bahasa Melayu,UPM
2001-2006 Timbalan Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Akademik Pengajian Melayu, UM
1998-2000 Timbalan Pengarah Dekan Akademik Pengajian Melayu, UM
1995-2006 Timbalan Profesor Jabatan Bahasa Melayu, Akademik Pengajian Melayu, UM

Selasa, 31 Mac 2009

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1988- PHD di Universiti Malaysia
1987- Universiti Cairo di Amerika
1980- PHD dalam bidang Linguistik di Universiti Berkeley, California
1975- MA di Universiti Malaya
1972- BA di Universiti Malaya

PENGALAMAN KERJA

- Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM ( 1994-1995 )
- Pengarah / Dekan Akademik Pengajian Melayu UM ( Mac 98 - Disember 2000)
- Timbalan Pengarah Akademik Pengajian Melayu UM ( 1995-1998 )
- Ahli Jawatankauasa Senat UM 1994-2003
- Profesor Akademik Pengajian Melayu UM ( 1995-2006 )
- Pengetua Kolej Kediaman keEmpat UM ( 1979-1984 )
- Guru Bahasa Di Pusat Bahasa , UM ( 1972 – 1975 )
- Guru Sekolah Menengah Za’ba, Kuala Pilah ( 1966-1969 )
- Ketua Delegasi Universiti Malaya melawat Menteri Pendidikan, Naib-Canselor, Rektor dan Pengarah Institusi Pendidikan Tinggi di Uzbekistan untuk hubungan dan kerjasama akademik dengan Universiti Malaya, Mei 5 – 12, 1995.
- Ahli Wacana Ilmiah Menteri Besar Selangor/INMIND, 2001- sekarang
-Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003-2005 )

SUMBANGAN PENYELIDIKAN

Jabatan Linguistik , Universiti California, Berkeley U.S.A. (auditing for Ph. D. courses), 1980,
Jabatan Linguistik Fakulti Bhasa Arab (Qism Usul Lughah, Kulliyah Lughah Arabiah), Universiti al-Azhar Cairo, Egypt, 1987,
Jabatan Linguistik, Sekolah Pengajian Afrika Timur Universiti London (1992 )
Royal Institut of Linguistik da Anthropologi (KITLV), Leiden, Netherlands 1993.

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, UM1994, 1998, 1999, 2003, 2004
- Anugerah Juara Citra Pendeta 2000, Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, K. Lumpur.
- Anugerah Bahasa Linguistik, Masyarakat Malaysia-Public Bank Malaysia,
- Pemenang Pingat Emas Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi UPM 2008.

BIDANG KEPAKARAN

- Linguistik umum
- Nahu tatabahasa : sintaksis dan Morfologi
- Falsafah bahasa dan Semantik : teori bahasa
- Bahasa dan Linguistik Melayu : Tatabahasa, Sejarah, Sistem Epigrafi, Tulisan Jawi, Manuskrip
Melayu
- Akhlak Melayu menurut pandangan Islam

KARYA

BUKU YANG DITERBITKAN

BUKU AKADEMIK, MONOGRAF DAN BUKU TEKS UNIVERSITI

1. Hashim bin Musa, 1977, Teori Innateness dan Konsep Asyhadu: Huraian tentang Bahasa, Akal dan Ilmu Kertas Data/Monograf No. 17, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2. Hashim bin Musa, 1983, Ke Arah Penghayatan Islam Yang Sejati , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.
3. Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, Abdul Hamid Mahmood, 1986 (1993, cetakan kelapan) Tatabahasa Dewan Jil. 1: Ayat Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Hashim bin Musa, Nik Safiah A Karim, Farid M Onn, 1989 (1993, cetakan ketujuh) Tatabahasa Dewan, Jil. 2: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5 Hashim bin Musa, 1990, Tatabahasa Bahasa Melayu: Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa , Agensi Penerbitan Nusantara, Kuala Lumpur
6. Hashim bin Musa, 1993, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
7. Hashim bin Musa, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, dan Abdul Hamid Mahmood, 1993, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
8. Hashim bin Musa, 1994, Pengantar Falsafah Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
9. Hashim bin Musa, 1994, Falsafah Bahasa Melayu: Beberapa Aspek Kajian, DJ Gemilang, U.I.A., Petaling Jaya.
10. Hashim bin Musa, 1994, Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Melayu: Alirannya Berdasarkan Teks‑Teks Terpilih, Kertas Data/Monograf Siri Baru 2, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
11. Hashim bin Musa, 1996, Sejarah Awal Perumian Bahasa Melayu: Analisis Sistem Tulisan Rumi Senarai Kosa Kata Pigafetta dan C. de Houtman , Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
12. Hashim bin Musa, 1997, Epigraphy Melayu: Sejarah Sistem‑Sistem Tulisan bagi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
13. Hashim bin Musa dan Ong Chin Guan, 1998, Pengantar Ilmu Makna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14. Hashim bin Hj Musa, 1999, Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15. Hashim bin Musa, 1999, Faslafah dan Logika Melayu: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
16. Hashim bin Hj Musa, 2001, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru , Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
17. Hashim Hj Musa, 2001, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu
18. Hashim Hj Musa, 2002, Agenda Melayu: Ke Arah Pembinaan Tamadun Melayu Bertaraf Dunia Alaf Ketiga, Petaling Jaya: Institut Perkembangan Minda (INMIND).
19. Hashim Hj Musa, 2003. (Cetakan kedua/second printing). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
20. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2003 (Cetakan kelapan/ 8th printing). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rabu, 25 Mac 2009

SESI TEMURAMAH BERSAMA PROF. HASYIM B. MUSA


Pada jam 9.00 pagi bersamaan 23.3.2009 bertempat di PPL, FBMK penulis berkesempatan untuk menemuramah Prof. Hasyim b. Musa. Topik perbualan kami adalah berkisar mengenai penglibatan prof dan rakan yang lain seperti Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Abdul Hamid Mahmud dalam penghasilan buku Tatabahasa Dewan. Sehingga ke hari ini, antara buku Tatabahasa Dewan yang telah berjaya dihasilkan seperti Tatabahasa Dewan Jilid 1,11,Edisi Baharu dan Jilid 111. Penglibatan prof. dan rakan-rakan dalam menghasilkan buku Tatabahasa Dewan ini adalah atas inisiatif Dewan Bahasa Dan Pustaka ( DBP ) apabila pada tahun 80-an, tidak ada panduan khusus yang patut digunakan oleh tenaga pengajar. Para pendidik keliru samada untuk menggunapakai istilah Za’ba atau ilmu Linguistik Moden. Justeru, bermula dari hal tersebut, DBP telah melantik empat orang tokoh bahasa mewakili universiti masing-masing untuk menerbitkan Tatabahasa Dewan. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Penulis juga sempat bertanyakan samada akan terdapat kesinambungan selepas Tatabahasa Dewan Jilid 111. Menurut prof. setiap buku Tatabahasa Dewan yang dihasilkan akan sentiasa berubah dalam tempoh antara 5 hingga 10 tahun. Hal ini kerana, bahasa sering berubah mengikut arus. Oleh itu, Tatabahasa Dewan perlu melakukan perubahan untuk memastikan ia selari dengan perkembangan bahasa.